Posted by: _killer_
on May 15, 2010
Orkid, Taman Mulia, Bayan, Suria Residence dan terbaru, Camellia??
Adakah anda merasakan kediaman yang anda beli sekarang benar2 menepati citarasa anda ataupun disebabkan faktor harga?
Bulan Jun ni, maka genaplah setahun saya menetap di Perdana College Heights, keadaan amat berbeza sekali dengan tempat tinggal saya sebelum ni di Kampung Dato Abu Bakar Baginda, kemudahan dan jalanraya di sekitar pajam ni amat jauh kebelakang kalau nak dibandingkan dengan kampung saya, ye, kampung saya, contoh yang paling ketara adalah jalanraya disini yang amat complang campling bak kata orang jawa.
Posted by: _killer_
on Aug 28, 2009
Saya dan beberapa buah keluarga di sekitar jalan perdana college heights 16 berasa amat tidak tenteram tidur malam semenjak kebelakangan ni kerana sering terganggu dengan salakan anjing liar yang sering kelihatan di sekitar rumah kami.
BAHAYA: Anjing liar kelihatan berkeliaran di jalanan
di kawasan perumahan di Perdana College Heights
Kalau ikutkan hati, nak saja saya beli "pump gun angin" yang pernah saya gunakan dulu untuk menembak cicak, di fikiran juga ada terdetik untuk mengumpan anjing-anjing liar tersebut menggunakan makanan yang dicampurkan RACUN. Tapi hati kemanusiaan masih utuh lagi untuk saya berbuat demikian, mungkin cara yang terbaik adalah melaporkan perkara tersebut ke pihak Majlis Perbandaran Nilai supaya dapat mengambil tindakan seperti menembak anjing liar di kawasan perumahan kami.
Bukan itu sahaja, Anjing-anjing ni juga sering mengambil kesempatan menggeledah tong sampah penghuni sekitar Bayan, Sampah yang digeledah akan bertaburan dan menyebabkan kekotoran. Kumpulan anjing liar juga sering menyalak dan membuat bising pada waktu malam, selain boleh mengancam keselamatan orang ramai, terutama kanak-kanak dan bayi.
Harapan saya supaya pihak berwajib cepat-cepatlah ambil tindakan seperti di bawah ini:
Anjing liar ditembak mati di jalanan
Posted by: _killer_
on Apr 12, 2009
Saya baru saja balik dari berkunjung ke rumah saya di bayan. Macam biasalah rutin harian untuk menjenguk2 rumah yang masih belum nak duduk ni, pemeriksaan macam biasa. Tengah cari masalah pemaju, khususnya maintenance.
Dan berikut beberapa masalah yang saya lihat kian berpanjangan.:

Kontraktor Maintenance suka buat kotor lepas repair rumah, malah putung rokok bertaburan didalam rumah.
Pintu Tutup Tong Sampah KARAT!! dan nak tanggal dah ni.Warranty ada lagi, Mesti tebus!!!