Join Group PCH

Login

My Story

@ Perdana College Heights

Gotong-Royong Berlalu, Ramadhan kini bertemu.

Posted by: admin

Tagged in: Untagged 

admin
Pihak persatuan penduduk perdana college heights mengucapkan ribuan terima kasih kepada penduduk bayan dan orkid yang sama-sama menjayakan aktiviti gotong-royong tersebut dan tak lupa juga kepada dermawan2 yang sanggup menghulur peralatan dan minuman pada hari tersebut serta terima kasih sekali lagi kepada Developer Seri Pajam yang sudi menaja pelbagai kuih-muih dan sarapan pagi pada hari tersebut, dan juga jutaan takziah kepada yang berada didalam rumah dan tengok sahaja tanpa sebarang usahasama.:D

Sekuriti
Persatuan juga amat menyanjungi semangat ketua-ketua lorong/pembantu yang sama-sama menabur bakti untuk menjayakan program kawalan keselamatan di perdana college heights ini. Walaupun ada yang memandang serong akan program yang kita usahakan, Alhamdulillah, berkat kesabaran tuan-tuan, kita berjaya juga mencapai objektifnya. Satu majlis makan malam juga telah diadakan bagi menghargai jasa baik tuan-tuan dengan mengadakan majlis makan malam di Tomyam Flet pada tempohari dengan kadar sederhana ditaja oleh pihak sekuriti sendiri.

Suria Residences
Selamat datang juga ingin kami ucapkan kepada penghuni di Suria Residences yang kelihatan sudah mula memasuki rumah, saya ada terdengar angin yang berlalu menyatakan bahawa penduduk di Suria Residences sudah ada persatuan sendiri yang telah ditubuhkan oleh developer seri pajam. Adakah ini satu percaturan yang disengajakan untuk membuatkan penduduk di perdana college heights berpuak-puak dengan berlainan persatuan? fikirkan.

Camellia
Tembok-tembok / benteng tanah kelihatan didirikan disepanjang lereng camellia, ada yang berseloroh dengan mengatakan " itulah tembok GAZA "..hehehehe..apapun ianya, harap adalah yang terbaik untuk semua sebagai langkah pencegahan sebelum berlaku apa-apa kemalangan yang tidak diingini.

Reban Ayam / Asap Kilang
Setahun sudah kami menginap di perdana college heights ini, masih jelas dan terang dan tak perlu disuluh bau-bauan yang terdapat disekitar perdana college heights yang tidak perlu diperkatakan lagi, bau najis ayam yang dibakar menjelang waktu malam hinggalah keesokan pagi masih lagi berleluasa di kawasan Taman Mulia hinggalah merebak ke kawasan flet sri pajam, tidak adakah laporan dibuat ataupun penduduk sekitar taman mulia sudah mulai lali dengan bau tersebut? Asap kilang kayu bersebelahan KTM Batang Benar juga sering menjengah rumah kami, adakah anda perasan? kalau tidak, cubalah keluar rumah sekitar jam 10 malam dan sekiranya "timing" anda tepat, saksikanlah jerebu yang saya gelar "kabus sesaat". walhal patut digelar "kabut pekat".

Ramadhan
Selamat menyambut bulan ramadhan saya ucapkan kepada semua penduduk yang beragama islam di perdana college heights ini, semoga amalan kita diterima Allah S.W.T dan berbuat amalanlah sebanyak yang mungkin di bulan yang penuh keberkatan ini, InsyaAllah.

Gotong-Royong Perdana 20 Jun 2010

Posted by: _killer_

_killer_

Salam semua,

 


 

12:40 malam masih lagi saya mencanangkan berita gembira buat penduduk perdana college heights yang sudi bekerjasama di atas persetujuan ramai untuk mengadakan kawalan sekuriti di kawasan kejiranan kita.


<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>
Untitled Document