Posted by: _killer_
on Apr 9, 2010
Hal ini berlaku di suatu tempat di KL..
Hari ini selepas waktu pejabat, saya dapat tahu dari kakak ipar saya berkenaan satu cara lain – merogol perempuan.
Ianya berlaku pada kalangan kawan-kawan dia juga. Pompuan nie kuar ofis dia kira2 lepas waktu pejabat agak2 dekat mlm lah tu dan terjumpa seorang kanak-kanak menangis di tepi jalan. Kesian dgn budak nie… dia hampiri dan tanya budak nie. Budak nie bagitau dia, yang dia dah sesat dan minta dihantar balik ke rumahnya.
Budak kecik tu kemudiannya menunjukkannya sekeping kertas yang tertulis alamat rumahnya. Kawan kita pompuan nie.. kira berhati mulia, tanpa mengesyaki apa apa terus bawa budak ni ke alamat tersebut.
Setibanya di rumah budak itu, kawan kita ni menekan loceng pintu.. sejurus kemudiannya dia pengsan lantaran loceng berkenaan disambungkan dengan wayar berkuasa tinggi.
Hari berikutnya, begitu dia tersedar, dia berada di sebuah rumah kosong di kawasan berbukit – dalam keadaan telanjang.
Kondom ada di mana-mana dengan air mani berhamburan. Tak kurang 20 kondom semuanya. Dia langsung tak mengenali penyerangnya.
Begitulah jenayah akhir-akhir ini mensasarkan mangsanya. Jika terserempak dengan keadaan sebegini, jangan sesekali turuti kemahuan kanak-kanak itu, sebaliknya hantar jer ke balai polis yang berdekatan.
Hantarlah kepada rakan-rakan wanita anda.. selamatkan mereka. Jangan biar naluri keperihatinan mereka dieksploitasi…
Posted by: _killer_
on Mar 24, 2010
Dikirim oleh Zairolhamisam Mohamed Rani pada 24 Mac 2010 pada 10:30 MLM
Tarikh : 21hb Mac 2010 ( Ahad )
Masa : 3:00 Petang
Tempat :
Bayan, Jalan Pch 14, Perdana College Heights
Kehadiran Penduduk : 58 orang
Perdana College Heights 21 MAC, Mesyuarat Agung Persatuan Penduduk Perdana Kali ke 2 kali ini lebih meriah dengan kehadiran lebih 58 orang penduduk daripada Orkid dan Bayan.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Ustaz Ikmal Zaidi b Hashim (Orkid,146) dan dimulakan dengan doa selamat daripada Ustaz Safuan b Mohd Samsi (Orkid, 172) , cuaca juga amat baik cuma ada sedikit gangguan elektrik sehingga memaksa mesyuarat diteruskan tanpa menggunakan mikrofon. Aduan telah dibuat namun tiada sambungan elektrik sehinggalah mesyuarat selesai.
Posted by: _killer_
on Feb 1, 2010
Salam & Good Day to All Neighbour,
Saya ingin memaklumkan bahawa blog Perdana College Heights ini akan ditukar ke wajah baru yang mana semua user yang menggunakan Internet Explorer dapat mengakses blog ini tanpa ade apa error.
