Join Group PCH

Login

My Story

@ Perdana College Heights

Saya dan beberapa buah keluarga di sekitar jalan perdana college heights 16 berasa amat tidak tenteram tidur malam semenjak kebelakangan ni kerana sering terganggu dengan salakan anjing liar yang sering kelihatan di sekitar rumah kami.

 

BAHAYA: Anjing liar kelihatan berkeliaran di jalanan
di kawasan perumahan di Perdana College Heights
 
Kalau ikutkan hati, nak saja saya beli "pump gun angin" yang pernah saya gunakan dulu untuk menembak cicak,  di fikiran juga ada terdetik untuk mengumpan anjing-anjing liar tersebut menggunakan makanan yang dicampurkan RACUN. Tapi hati kemanusiaan masih utuh lagi untuk saya berbuat demikian, mungkin cara yang terbaik adalah melaporkan perkara tersebut ke pihak Majlis Perbandaran Nilai supaya dapat mengambil tindakan seperti menembak anjing liar di kawasan perumahan kami.
 
Bukan itu sahaja,  Anjing-anjing ni juga sering mengambil kesempatan menggeledah tong sampah penghuni sekitar Bayan, Sampah yang digeledah akan bertaburan dan menyebabkan kekotoran. Kumpulan anjing liar juga sering menyalak dan membuat bising pada waktu malam, selain boleh mengancam keselamatan orang ramai, terutama kanak-kanak dan bayi.
 
Harapan saya supaya pihak berwajib cepat-cepatlah ambil tindakan seperti di bawah ini:
 
Anjing liar ditembak mati  di jalanan
 

 


Amat menyedihkan bila kejadian pecah rumah untuk kali ke 2 berlaku kepada jiran saya En Azmi di 646 Jalan Perdana College Heights 16, Saya sempat bertemu beliau untuk bertanya  perkhabaran yang kurang enak didengar semalam selepas pulang dari rumah bonda di Kampung Dato Abu Bakar Baginda, Saya masih teringat lagi pada hari jumaat yang lepas, beliau dan keluarga merancang untuk bersahur dan berbuka di kampung halaman masing-masing di Felda Palong 14.
 
Ya, En Azmi ada berpesan kepada saya dan tetangga yang lain agar dapat melihat-lihat rumah beliau sekiranya ada apa-apa perkara yang mencurigakan, tapi apakan daya, mungkin penyamun jahanam tersebut sempat mengintai peluang untuk menggeledah barang2 di rumah En.Azmi. Antara barang yang dicuri adalah Komputer Riba, Barang2 Kemas, Passport Org Gaji, Handphone Org Gaji dan lain-lain lagi. Saya harap En Azmi dpt bersabar dengan dugaan di bulan puasa ni ye? Mungkin kita boleh cuba maxtrigger?
 

The Sims

Posted by: admin

Tagged in: Untagged 

admin

Ok folks, today I am going to talk about THE SIMS 3! 

Besides the fact that I have the original - oh yes my father bought it for me, the Sims 3 is truly an amazing game. In the game, you can become a thief (not a great thing eh), a rock star or a world leader. You can build their houses and customize every single thing in the game.

Pick traits of the characters from good to evil, romantic to brutal and many more. Show off your movies and create any one (personality) you know and that is what the Sims 3 can do.


<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>
Untitled Document