Posted by: _killer_
on Dec 24, 2009
Tagged in: Untagged
Adakah anda perasan kedai cuci kereta (carwash @ kawos dlm bahasa jawa-padan muka) yang memaparkan banner sedemikian?
Ya betul! kedai cuci berkenaan berada berdekatan dengan anda ( warga PCHRS terutamanya ), maka soalan saya yang kedua pula :Adakah anda pernah kesitu untuk mencuci kereta?
Jika ya! Apakah perasaan anda apabila membayar dengan harga yang langsung tak sama dengan gahnya iklan banner tu?
Memang tidak sepatutnya orang kita yang berniaga menarik pelanggan dengan cara yang sedemikian rupa, hanya luaran sahaja RM6, terang lagikan bersuluh ditampal sehelai kertas A4 harga2 yang juga kononnya berkuatkuasa pada oct/nov 2009. Untuk perkhidmatan cuci kereta walaupun kancil saja dah RM10.
Maka, sepatutnya diturunkan sahaja banner berkenaan supaya tiada lagi pelanggan akan ditipu.Apabila ditanya berkenaan banner tersebut, "ohh..tak ada tangga nak turunkan tu!".
Itulah kisah orang berniaga....ohh...
Posted by: _killer_
on Nov 9, 2009
Tagged in: Untagged

Semalam pergi gunting rambut anak kami di kedai gunting rambut pajam yang betul-betul terletak kat depan rumah ni je, masa mula-mula pergi tu dia tulis kat pintu "OPEN", tapi bila pergi xde orang plak, ketuk punya ketuk rupa-rupanya tukang gunting yang tak berapa nak SEMENGGAH tengah tido, haa..terkejut berukla tu bila ada orang ketuk pintu.
Posted by: _killer_
on Oct 26, 2009


Semenjak kami berpindah ke rumah kami di Bayan, Perdana College Heights ini, hanyalah Giant menjadi pasaraya yang paling besar kami boleh membeli-belah. Saya tak tak tahu lah kenapa orang ramai cakap beli barang kat Giant tu murah??..
Bagi kami, barang-barang di Giant sebenarnya agak mahal berbanding Carrefour, mungkin jugak sebab dulu kami tinggal berdekatan dengan Alamanda, Putrajaya. So setiap kali shopping, mesti Carrefour je. Saya pernah 'terkena' masa beli barang kat Giant, Nilai. Keluar je dari Giant, singgah jap kat Guardian depan tu..perghhh!!!..murah lagi Guardian lebih kurang RM3!!!!!...and kalau bawak duit RM50..macam bawak RM30 je gi Giant tu...huk alohh!!!