Perdana College Heights Residents Community Portal

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
 

Perdana College Heights Residents Community Portal

Gotong-Royong Berlalu, Ramadhan kini bertemu.

Pihak persatuan penduduk perdana college heights mengucapkan ribuan terima kasih kepada penduduk bayan dan orkid yang sama-sama menjayakan aktiviti gotong-royong tersebut dan tak lupa juga kepada dermawan2 yang sanggup menghulur peralatan dan minuman pada hari tersebut serta terima kasih sekali lagi kepada Developer Seri Pajam yang sudi menaja pelbagai kuih-muih dan sarapan pagi pada hari tersebut, dan juga jutaan takziah kepada yang berada didalam rumah dan tengok sahaja tanpa sebarang usahasama.:D

Sekuriti
Persatuan juga amat menyanjungi semangat ketua-ketua lorong/pembantu yang sama-sama menabur bakti untuk menjayakan program kawalan keselamatan di perdana college heights ini. Walaupun ada yang memandang serong akan program yang kita usahakan, Alhamdulillah, berkat kesabaran tuan-tuan, kita berjaya juga mencapai objektifnya. Satu majlis makan malam juga telah diadakan bagi menghargai jasa baik tuan-tuan dengan mengadakan majlis makan malam di Tomyam Flet pada tempohari dengan kadar sederhana ditaja oleh pihak sekuriti sendiri.

Suria Residences
Selamat datang juga ingin kami ucapkan kepada penghuni di Suria Residences yang kelihatan sudah mula memasuki rumah, saya ada terdengar angin yang berlalu menyatakan bahawa penduduk di Suria Residences sudah ada persatuan sendiri yang telah ditubuhkan oleh developer seri pajam. Adakah ini satu percaturan yang disengajakan untuk membuatkan penduduk di perdana college heights berpuak-puak dengan berlainan persatuan? fikirkan.

Camellia
Tembok-tembok / benteng tanah kelihatan didirikan disepanjang lereng camellia, ada yang berseloroh dengan mengatakan " itulah tembok GAZA "..hehehehe..apapun ianya, harap adalah yang terbaik untuk semua sebagai langkah pencegahan sebelum berlaku apa-apa kemalangan yang tidak diingini.

Reban Ayam / Asap Kilang
Setahun sudah kami menginap di perdana college heights ini, masih jelas dan terang dan tak perlu disuluh bau-bauan yang terdapat disekitar perdana college heights yang tidak perlu diperkatakan lagi, bau najis ayam yang dibakar menjelang waktu malam hinggalah keesokan pagi masih lagi berleluasa di kawasan Taman Mulia hinggalah merebak ke kawasan flet sri pajam, tidak adakah laporan dibuat ataupun penduduk sekitar taman mulia sudah mulai lali dengan bau tersebut? Asap kilang kayu bersebelahan KTM Batang Benar juga sering menjengah rumah kami, adakah anda perasan? kalau tidak, cubalah keluar rumah sekitar jam 10 malam dan sekiranya "timing" anda tepat, saksikanlah jerebu yang saya gelar "kabus sesaat". walhal patut digelar "kabut pekat".

Ramadhan
Selamat menyambut bulan ramadhan saya ucapkan kepada semua penduduk yang beragama islam di perdana college heights ini, semoga amalan kita diterima Allah S.W.T dan berbuat amalanlah sebanyak yang mungkin di bulan yang penuh keberkatan ini, InsyaAllah.

Kononnya rm6 tapi sebenarnya rm10?

Adakah anda perasan kedai cuci kereta (carwash @ kawos dlm bahasa jawa-padan muka) yang memaparkan banner sedemikian?

Ya betul! kedai cuci berkenaan berada berdekatan dengan anda ( warga PCHRS terutamanya ), maka soalan saya yang kedua pula :Adakah anda pernah kesitu untuk mencuci kereta? 

Jika ya! Apakah perasaan anda apabila membayar dengan harga yang langsung tak sama dengan gahnya iklan banner tu?

Memang tidak sepatutnya orang kita yang berniaga menarik pelanggan dengan cara yang sedemikian rupa, hanya luaran sahaja RM6, terang lagikan bersuluh ditampal sehelai kertas A4 harga2 yang juga kononnya berkuatkuasa pada oct/nov 2009. Untuk perkhidmatan cuci kereta walaupun kancil saja dah RM10.

Maka, sepatutnya diturunkan sahaja banner berkenaan supaya tiada lagi pelanggan akan ditipu.Apabila ditanya berkenaan banner tersebut, "ohh..tak ada tangga nak turunkan tu!".

Itulah kisah orang berniaga....ohh...

Batu Nisan atau Batu Tanda?

 


    Mungkinkah Orkid & Bayan kini bukan lagi anak kandung Seri Pajam Development Sdn Bhd? Tiba-tiba sahaja dah jadi anak tiri, tak percaya? cuba anda lihat di laman web seri pajam sendiri, xde pun projek Orkid & Bayan dalam portfolio mereka?
    orkid-bayan

    Ramai yang bertanya dan ramai juga yang tidak dapat menjawab dengan pasti jikalau orang bertanya nama tempat/rumah yang kami duduki, kebanyakkan orang akan menjawab " alaa..

 

Bangla SHELL Taman Semarak ( Pasar Malam) Kurang Hajar!

    Geram rasanya dengan bangla SHELL tmn semarak.

    Saya isi minyak RM40, nampak dia swipe bonuslink card, dalam hati "x lain x bukan ni, mesti nak curik point isi minyak". Pastu apa lagi, mintak dia resit, bila tgk resit tu, memang sah! 
    Tanya bangla tu

    " lu swipe kad siapa? "

    dia jawab "sini punya".

    "apesal lu swipe kad org lain"

    "lu x suka, tak apa, lu cakap lu x suka"

    Ehh? macam tu pulak? xde maaf ? dia ingat dia dok kat BANGLADESH?

Cara mudah untuk membeli SAHAM AKHIRAT!

Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga Baginda dan sahabat-sahabat Baginda. Firman Allah dalam Surah al-Ma’idah, ayat 48 yang bermaksud;

‘…..maka berlumba-lumbalah membuat kebajikan….’

Cerita kesungguhan seekor burung pipit yang berusaha memadamkan api yang cuba membakar Nabi Ibrahim as. Berkata burung ini didalam hati :

"Memang aku tidak akan dapat memadamkan api itu, tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku sudah lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya sama ada aku berjaya memadamkan api itu atau pun tidak"

Sungguh rasa kecil diri ini, jika seekor burung pun berusaha untuk menolong dalam urusan Agama, inikan kita yang diberi segala kelebihan dan kecerdikan.

JPAGE_CURRENT_OF_TOTAL

This Portal (pchrs.com) validates to XHTML and CSS web standards and is designed to be compatible with all modern browsers.

Firefox 3.0+ Internet Explorer 6 Internet Explorer 7 Safari 3.1+ Opera 9.5+ Camino 1.0+ Konqueror Chrome 1.0+