June 2010
Gotong-Royong Perdana 20 Jun 2010
Salam semua,
Persatuan Penduduk Perdana College Heights diatas persetujuan semua ahli persatuan ingin memaklumkan bahawa gotong-royong kawasan perumahan kita akan diadakan pada :
Tarikh : 20hb JUN 2010 ( AHAD )
Masa : 7.30 pagi
Tempat Berkumpul : Hadapan Jalan PCH 14, Perdana College Heights
Untuk melihat lebih detail mengenai gotong-royong tersebut, sila rujuk di http://pppch.blogspot.com.
Maka, bermulalah episod kawalan keselamatan
12:40 malam masih lagi saya mencanangkan berita gembira buat penduduk perdana college heights yang sudi bekerjasama di atas persetujuan ramai untuk mengadakan kawalan sekuriti di kawasan kejiranan kita.
Saya baru sahaja balik dari kedai tomyam flat pajam ni bersama-sama orang2 kuat persatuan seperti Dato' Hasan, Saudara Pengerusi En Anuar Md Saed, Pak Shrif, Bro Asri, Amirul, Ramzi , Azahari, yus dan beberapa lagi yang saya lupa nak catit.
Alhamdulillah, kini harapan kami agar penduduk yang bersetuju dan membayar yuran sekuriti dapat tidur dengan selesa dengan adanya kawalan sekuriti dari jam 11:00 mlm hingga 7 pagi.
.png)