May 2010

Abang...Saya mau bayar!

26 May 2010

 

Terkejut saya apabila autie jiran saya ni datang ke rumah seawal jam 6:30 pagi tatkala saya sedang menyidai kain baju seperti hari yang sebelumya.

"Selamat Pagi, Saya mau kasi borang sama duit untuk itu security punya!" kata Puan Teng kepada saya sambil menghulurkan borang maklumbalas beserta duitnya sekali, sungguh saya tak sangka kaum bukan melayu lebih suka agenda kawalan keselamatan yang diusulkan oleh persatuan mendapat sambutan berbanding orang kita sendiri.

Pada awal cadangan kawalan keselamatan ini, ramai menyangkakan rumah yang memilik 5 - 6 ekor anjing sudah awal2 menolak cadangan ini, tapi telahan kami merosot sama sekali kerana berlaku perkara yang sebaliknya, kami TIDAK mendapat persetujuan dari penghuni yang tidak memiliki anjing malah apa jua bentuk CCTV!

Ada sesetengah penghuni berpendapat bahawa KLAUSA dlm surat yang diedarkan tidak mesra penduduk dengan ayat WAJIB menyertai, seperti DIPAKSA pula?..ingin saya terangkan disini, bahawa perkataan WAJIB itu adalah antara syarikat keselamatan dan Persatuan Penduduk Perdana College Heights, bukannya anda.Ini adalah kerana  syarikat kawalan juga perlu ada target supaya mereka tak rugi untuk menjalankan operasi kawalan.

KLAUSA kedua pula berkenaan KETIDAK TANGGUNGJAWAB pihak security sekiranya berlaku juga kecurian dan sebagainya dalam masa kawalan, camnilah tuan-tuan dan puan-puan, abang adik akak, makcik pakcik, mari lihat senario ini :

Senario 1. Ah Tong baru mengeluarkan duit dari bank, tiba-tiba ada perompak meragut beg bimbit beliau, kerugian dianggarkan RM3000, soalannya, adakah pihak polis yang sepatutnya BERTANGGUNGJAWAB untuk membayar gantirugi kerana tidak ada di tempat kejadian dan masa kejadian? Kami yang bekerja swasta terutamanya membayar gaji polis untuk menjaga keamanan, samalah kesnya dengan kawalan keselamatan ni!

Senario 2 . Anda memasuki premis membeli belah dan DIPAKSA membayar parking RM1.00 untuk sejam, notis untuk tidak menanggung kerugian telah dipaparkan di merata tempat parking,bila anda balik ke kereta, didapati cermin kereta anda telah dipecahkan, adakah anda berani untuk mencabar supaya ada penggantian kerugian?

Bagi pendapat peribadi saya, penduduk yang tidak bersetuju akan malu sendiri apabila jiran-jiran melihat pagar/mailbox anda tidak memiliki sticker khas kawalan keselamtan kerana mereka pun akan memikirkan, " duit security dia pun aku yang bayarkan"...

 

Pelaburan, Perancangan dan Masa Depan?

15 May 2010

Orkid, Taman Mulia, Bayan, Suria Residence dan terbaru, Camellia??

Adakah anda merasakan kediaman yang anda beli sekarang benar2 menepati citarasa anda ataupun disebabkan faktor harga?

Bulan Jun ni, maka genaplah setahun saya menetap di Perdana College Heights, keadaan amat berbeza sekali dengan tempat tinggal saya sebelum ni di Kampung Dato Abu Bakar Baginda, kemudahan dan jalanraya di sekitar pajam ni amat jauh kebelakang kalau nak dibandingkan dengan kampung saya, ye, kampung saya, contoh yang paling ketara adalah jalanraya disini yang amat complang campling bak kata orang jawa.

Ya, memang takkan ada pembaharuan jalan sepanjang komuter batang benar hinggalah ke pekan kecil pajam.lihat saja sekeliling anda, kilang kayu yang tak pernah berhenti berasap walau sehari, Bau asap yang menyinggah lubang hidung anda tatkala anda buka rumah pada waktu pagi, tak lupa juga simpati saya kepada penghuni taman mulia yang dulu pernah popular dengan kes sampah dibelakang rumah .Kuari acuan konkrit yang mana lorinya tak pernah lekang dari tapak jalan untuk menghancurkan.Adakah ini satu pelaburan yang terbaik?

Sesetengah orang percaya bahawa tempat ini akan membangun juga seperti Nilai. Adakah anda pernah terlintas di fikiran bahawa Nilai adalah satu pelan perancangan bandar yang bagus? Ohh..tidak sama sekali, Lihat saja sekitar nilai, pembangunan tak seiring dengan apa yang ditawarkan, contoh paling mudah adalah, Makan. Lebih mahal makan di Nilai daripada Bandar Baru Bangi! Tengok saja nasi putihnya...3rd world class!!!! agak2 ada tak 20% hancur? Tepuk dada, tanya selera!

Masa depan Perdana College Heights sebenarnya bergantung kepada persefahaman penduduk sekitarnya disamping penegahan idealogi politik yang sering membebankan orang melayu! Kenapa perlu bertalam muka ketika berjumpa? Contohilah orang cina, berlawan bagai merebut negara, berkawan bak ombak dan pantai.

Oh ya, perasan tak harga Camellia dah naik dari 258,800 kepada 272,500? Tak tertanggung kos buat tembok pemisah ke seri pajam? hehehehehehhehehe!

 

 

Tawaran Kawalan Keselamatan oleh Aman Networks Sdn Bhd

14 May 2010

Salam semua,

Saya ingin maklumkan bahawa ketua-ketua lorong anda akan datang berjumpa dengan anda untuk menyerahkan borang persetujuan kawalan keselamatan di kawasan kejiranan kita.

Pihak Persatuan Penduduk Perdana College Heights amat mengharapkan kerjasama yang tulus dan ikhlas dari anda semua.

Untuk permulaan, Bayaran kawalan keselamatan adalah RM60. Iaitu Rm30 sebagai deposit dan Rm30 lagi untuk bulan pertama. Kawalan ini dijangkan akan dimulakan pada 1hb Jun 2010.

Jangan lupa untuk serahkan kembali borang! Selamat Beramal!

Senamrobik Perdana - Perdana College Heights 2010

09 May 2010

Jutaan terima kasih dan tahniah saya ucapkan kepada sahabat2 dan jiran di perdana college heights kerana sudi hadir pada pagi tadi di selekoh PCH 14 jam 7:30 pagi.

Kehadiran peserta lebih kurang 40 orang dan kaum ibu dan ayah adalah seimbang. Terima kasih juga kepada Tuan Haji Zulmurat kerana sudi menaja sarapan pagi dan En Masri Mansor selaku penaja P.A System.

Senaman dimulakan dengan gerakan kaki diiringi lagu poco-poco, hehe..walaupun system audio kita tersangkut2. namun, senamrobik tetap berjalan dengan jayanya, Pak Hassan pula tidak kurang lawaknya, boleh dikatakan semua penat bergelak.:D

Ohh, tidak lupa juga jutaan terima kasih kepada semua ahli persatuan penduduk perdana college heights yang turut menyumbang tenaga dalam menjayakan acara kita ini.

Jumpa lagi 23hb mei 2010!!!

Untitled Document