April 2010
Ampun maaf jikalau masih menunggu.
Saya dengan rasa rendah diri, memohon ampun dan maap kepada AJK2 Persatuan Penduduk Perdana College Heights kerana masih belum mampu/sempat untuk menyiapkan daftar online penduduk Bayan dan Orchid.

Ini adalah kerna kami baru saja menerima 1 lagi cahayamata pada hari sabtu 24/04/2010 jam 6 ptg.
Insyallah, akan sampai ke mailbox anda semua butiran email untuk login ke namaanda@pchrs.com dalam masa terdekat ni, lagipun saya akan megambil cuti seminggu bermula 3 may ini.
Sekian,
Zairolhamisam Mohamed Rani
Setiausaha Persatuan.PCH.
Minit Mesyuarat dan Email AJK PPPCH

Assalammualaikum dan salam 1Malaysia,
Saya ingin memaklumkan bahawa minit mesyuarat pertama Persatuan Penduduk Perdana College Heights sesi 2010-2011 telah dimuat naik di sini.
Kepada semua penduduk PCH, saya akan edarkan borang kemaskini maklumat penghuni rumah masing-masing dan saya amat mengharapkan pihak tuan/puan dapat kembalikan semula kepada ketua lorong masing-masing, jikalau tidak sempat untuk bersemuka, sila masukkan bahagian maklumbalas kedalam peti surat ketua lorong anda.
Untuk makluman anda juga, saya sedang membina sistem database untuk orkid dan juga bayan, ini untuk mengelakkan sebarang outdated info berkenaan jiran anda.
Berkenaan email @ pchrs.com pula, saya akan kirimkan ke peti surat masing-masing bersama katalaluan, tutorial untuk setup di komputer anda juga saya akan beri sedikit masa lagi.
Ikhlas tapi jauh,:D
Zairolhamisam Mohamed Rani
Setiausaha Persatuan Penduduk Perdana College Heights.
Taktik Terbaru Perogol - Berhati-hatilah!
Hal ini berlaku di suatu tempat di KL..
Hari ini selepas waktu pejabat, saya dapat tahu dari kakak ipar saya berkenaan satu cara lain – merogol perempuan.
Ianya berlaku pada kalangan kawan-kawan dia juga. Pompuan nie kuar ofis dia kira2 lepas waktu pejabat agak2 dekat mlm lah tu dan terjumpa seorang kanak-kanak menangis di tepi jalan. Kesian dgn budak nie… dia hampiri dan tanya budak nie. Budak nie bagitau dia, yang dia dah sesat dan minta dihantar balik ke rumahnya.
Budak kecik tu kemudiannya menunjukkannya sekeping kertas yang tertulis alamat rumahnya. Kawan kita pompuan nie.. kira berhati mulia, tanpa mengesyaki apa apa terus bawa budak ni ke alamat tersebut.
Setibanya di rumah budak itu, kawan kita ni menekan loceng pintu.. sejurus kemudiannya dia pengsan lantaran loceng berkenaan disambungkan dengan wayar berkuasa tinggi.
Hari berikutnya, begitu dia tersedar, dia berada di sebuah rumah kosong di kawasan berbukit – dalam keadaan telanjang.
Kondom ada di mana-mana dengan air mani berhamburan. Tak kurang 20 kondom semuanya. Dia langsung tak mengenali penyerangnya.
Begitulah jenayah akhir-akhir ini mensasarkan mangsanya. Jika terserempak dengan keadaan sebegini, jangan sesekali turuti kemahuan kanak-kanak itu, sebaliknya hantar jer ke balai polis yang berdekatan.
Hantarlah kepada rakan-rakan wanita anda.. selamatkan mereka. Jangan biar naluri keperihatinan mereka dieksploitasi…
.png)