Notice: Use of undefined constant add_css - assumed 'add_css' in /home2/kdabbcom/public_html/pchrs/plugins/content/sexybookmarks.php on line 49
Notice: Undefined variable: add_class in /home2/kdabbcom/public_html/pchrs/plugins/content/sexybookmarks.php on line 234

Terkejut saya apabila autie jiran saya ni datang ke rumah seawal jam 6:30 pagi tatkala saya sedang menyidai kain baju seperti hari yang sebelumya.
"Selamat Pagi, Saya mau kasi borang sama duit untuk itu security punya!" kata Puan Teng kepada saya sambil menghulurkan borang maklumbalas beserta duitnya sekali, sungguh saya tak sangka kaum bukan melayu lebih suka agenda kawalan keselamatan yang diusulkan oleh persatuan mendapat sambutan berbanding orang kita sendiri.
Pada awal cadangan kawalan keselamatan ini, ramai menyangkakan rumah yang memilik 5 - 6 ekor anjing sudah awal2 menolak cadangan ini, tapi telahan kami merosot sama sekali kerana berlaku perkara yang sebaliknya, kami TIDAK mendapat persetujuan dari penghuni yang tidak memiliki anjing malah apa jua bentuk CCTV!
Ada sesetengah penghuni berpendapat bahawa KLAUSA dlm surat yang diedarkan tidak mesra penduduk dengan ayat WAJIB menyertai, seperti DIPAKSA pula?..ingin saya terangkan disini, bahawa perkataan WAJIB itu adalah antara syarikat keselamatan dan Persatuan Penduduk Perdana College Heights, bukannya anda.Ini adalah kerana syarikat kawalan juga perlu ada target supaya mereka tak rugi untuk menjalankan operasi kawalan.
KLAUSA kedua pula berkenaan KETIDAK TANGGUNGJAWAB pihak security sekiranya berlaku juga kecurian dan sebagainya dalam masa kawalan, camnilah tuan-tuan dan puan-puan, abang adik akak, makcik pakcik, mari lihat senario ini :
Senario 1. Ah Tong baru mengeluarkan duit dari bank, tiba-tiba ada perompak meragut beg bimbit beliau, kerugian dianggarkan RM3000, soalannya, adakah pihak polis yang sepatutnya BERTANGGUNGJAWAB untuk membayar gantirugi kerana tidak ada di tempat kejadian dan masa kejadian? Kami yang bekerja swasta terutamanya membayar gaji polis untuk menjaga keamanan, samalah kesnya dengan kawalan keselamatan ni!
Senario 2 . Anda memasuki premis membeli belah dan DIPAKSA membayar parking RM1.00 untuk sejam, notis untuk tidak menanggung kerugian telah dipaparkan di merata tempat parking,bila anda balik ke kereta, didapati cermin kereta anda telah dipecahkan, adakah anda berani untuk mencabar supaya ada penggantian kerugian?
Bagi pendapat peribadi saya, penduduk yang tidak bersetuju akan malu sendiri apabila jiran-jiran melihat pagar/mailbox anda tidak memiliki sticker khas kawalan keselamtan kerana mereka pun akan memikirkan, " duit security dia pun aku yang bayarkan"...
.png)