Notice: Use of undefined constant add_css - assumed 'add_css' in /home2/kdabbcom/public_html/pchrs/plugins/content/sexybookmarks.php on line 49

Notice: Undefined variable: add_class in /home2/kdabbcom/public_html/pchrs/plugins/content/sexybookmarks.php on line 234

Orkid, Taman Mulia, Bayan, Suria Residence dan terbaru, Camellia??

Adakah anda merasakan kediaman yang anda beli sekarang benar2 menepati citarasa anda ataupun disebabkan faktor harga?

Bulan Jun ni, maka genaplah setahun saya menetap di Perdana College Heights, keadaan amat berbeza sekali dengan tempat tinggal saya sebelum ni di Kampung Dato Abu Bakar Baginda, kemudahan dan jalanraya di sekitar pajam ni amat jauh kebelakang kalau nak dibandingkan dengan kampung saya, ye, kampung saya, contoh yang paling ketara adalah jalanraya disini yang amat complang campling bak kata orang jawa.

Ya, memang takkan ada pembaharuan jalan sepanjang komuter batang benar hinggalah ke pekan kecil pajam.lihat saja sekeliling anda, kilang kayu yang tak pernah berhenti berasap walau sehari, Bau asap yang menyinggah lubang hidung anda tatkala anda buka rumah pada waktu pagi, tak lupa juga simpati saya kepada penghuni taman mulia yang dulu pernah popular dengan kes sampah dibelakang rumah .Kuari acuan konkrit yang mana lorinya tak pernah lekang dari tapak jalan untuk menghancurkan.Adakah ini satu pelaburan yang terbaik?

Sesetengah orang percaya bahawa tempat ini akan membangun juga seperti Nilai. Adakah anda pernah terlintas di fikiran bahawa Nilai adalah satu pelan perancangan bandar yang bagus? Ohh..tidak sama sekali, Lihat saja sekitar nilai, pembangunan tak seiring dengan apa yang ditawarkan, contoh paling mudah adalah, Makan. Lebih mahal makan di Nilai daripada Bandar Baru Bangi! Tengok saja nasi putihnya...3rd world class!!!! agak2 ada tak 20% hancur? Tepuk dada, tanya selera!

Masa depan Perdana College Heights sebenarnya bergantung kepada persefahaman penduduk sekitarnya disamping penegahan idealogi politik yang sering membebankan orang melayu! Kenapa perlu bertalam muka ketika berjumpa? Contohilah orang cina, berlawan bagai merebut negara, berkawan bak ombak dan pantai.

Oh ya, perasan tak harga Camellia dah naik dari 258,800 kepada 272,500? Tak tertanggung kos buat tembok pemisah ke seri pajam? hehehehehehhehehe!

 

 

Untitled Document