Jutaan terima kasih dan tahniah saya ucapkan kepada sahabat2 dan jiran di perdana college heights kerana sudi hadir pada pagi tadi di selekoh PCH 14 jam 7:30 pagi.
Kehadiran peserta lebih kurang 40 orang dan kaum ibu dan ayah adalah seimbang. Terima kasih juga kepada Tuan Haji Zulmurat kerana sudi menaja sarapan pagi dan En Masri Mansor selaku penaja P.A System.
Senaman dimulakan dengan gerakan kaki diiringi lagu poco-poco, hehe..walaupun system audio kita tersangkut2. namun, senamrobik tetap berjalan dengan jayanya, Pak Hassan pula tidak kurang lawaknya, boleh dikatakan semua penat bergelak.:D
Ohh, tidak lupa juga jutaan terima kasih kepada semua ahli persatuan penduduk perdana college heights yang turut menyumbang tenaga dalam menjayakan acara kita ini.
Jumpa lagi 23hb mei 2010!!!






