Perdana College Heights Residents Community Portal

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
 

Laporan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Kali Ke 2 Perdana College Heights, Mantin Negeri Sembilan

Dikirim oleh Zairolhamisam Mohamed Rani pada 24 Mac 2010 pada 10:30 MLM Tarikh : 21hb Mac 2010 ( Ahad ) Masa : 3:00 Petang
Tempat :

Bayan, Jalan Pch 14, Perdana College Heights
Kehadiran Penduduk : 58 orang

 Perdana College Heights 21 MAC, Mesyuarat Agung Persatuan Penduduk Perdana Kali ke 2 kali ini lebih meriah dengan kehadiran lebih 58 orang penduduk daripada Orkid dan Bayan.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Ustaz Ikmal Zaidi b Hashim (Orkid,146) dan dimulakan dengan doa selamat daripada Ustaz Safuan b Mohd Samsi (Orkid, 172) , cuaca juga amat baik cuma ada sedikit gangguan elektrik sehingga memaksa mesyuarat diteruskan tanpa menggunakan mikrofon.  Aduan telah dibuat namun tiada sambungan elektrik sehinggalah mesyuarat selesai.

Ucapan alu-aluan oleh Pengerusi PPPCH En Mohd Kamal B Talib (Orkid, 151) mengajak semua ahli supaya dapat bersatu walaupun persatuan boleh dianggap masih muda .Disusuli pula dengan ucapan perasmian oleh Pengerusi JKKK Kg. Batang Benar En Mohd Salleh b. Othman. Beliau menggesa agar penduduk di Perdana College Heights agar terus mengukuhkan ukhuwah sesama jiran tetangga dan ucapan beliau berakhir pada jam 15:45.

Seterusnya, pembentangan laporan aktiviti oleh Cikgu Mohd Anuar B Saed dan pembentangan penyata akaun PPPCH sesi 2009-2010 oleh En Nik Rusli Nik Husin (Orkid, 67).
Antara isu yang dibangkitkan dalam mesyuarat kali ini adalah yuran keahlian sebanyak rm40 yang mana masih ramai lagi penduduk tidak membayar untuk sesi 2009 yang lepas, selain daripada itu juga, Pihak pengerusi juga mengingatkan ahli supaya dapat  menderma sebanyak rm100 untuk pembinaan surah Al-Falah, Perdana College Heights.

Sampai ke sesi pembubaran dan pemilihan AJK PPSM yang baru. Dapat dilihat ahli semakin aktif dan menyatakan suara mereka. Antara yang diminta adalah supaya lebih ramai AJK daripada Bayan dan inilah hasil dari AGM tersebut:

Senarai AJK PPPCH sesi 2010-2011
Pengerusi : Cikgu Anuar Mohd Saed ( Orkid xxx )
Tim. Pengerusi : En. Ridzuan
Setiausaha : En. Zairolhamisam Mohamed Rani ( Bayan 644 )
Tim. Setiausaha : En. Amirul ( Orkid xxx )
Bendahari : En. Tarmizi Harun ( Orkid 145 )
N. Bendahari : En Mahmod B Ahmad ( Bayan 630 )
Pemeriksa Kira-kira : Pn Mazita Bt Mahmud ( Bayan 645 ) & Cikgu Shady Mohammad ( Orkid 212 )

Ahli Jawatankuasa:
Bayan
1) En Hasmadi
2) Pn Jamaah
3) En Sharul

 Orkid
1) En Asri
2) En Gopi
3) En Sugumaran
Agenda mesyuarat diteruskan dengan membincangkan perkara berbangkit. Antara yang dibangkitkan
    * Cadangan kepada Majlis Perbandaran Nilai mengenai tapak pasar malam yang dicadangkan di jalan besar dari batang benar sebelum terowong LEKAS
    * Senamrobik yang akan dijalankan setiap hari sabtu pertama tiap2 bulan.
    * Papan tanda untuk setiap taman seperti ORKID, BAYAN kerana hanya CAMELLIA dan SURIA RESIDENCE sahaja yang ada nama taman.
    * Cadangan mewujudkan pasukan bertindak KENDURI, kutipan sebanyak RM15 daripada ahli, kelebihan sebagai ahli akan diterbitkan tidak lama lagi.
    * dan lain-lain yang saya tidak/lupa catatkan.

Ucapan ringkas Pengerusi yang baru bagi Persatuan Penduduk Perdana College Heights , Cikgu Mohd Anuar B Saed yang sekali lagi berharap agar semua penduduk dapat menjadi ahli PPPCH dan bersatu dibawah PPPCH.

Mesyuarat berakhir dengan hujan yang lebat dan bagi pendapat peribadi saya sendiri, Mesyuarat ini telah BERJAYA!!

 p/s: ada sesetengan nama AJK tidak lengkap kerana tidak mengisi borang pendaftaran, sila call saya atau jumpa kat port.(ROGER DULU!)

Sekian,
Zairolhamisam Mohamed Rani
Setiausaha, ( Akan setia dan lebih berusaha :D )
Persatuan Penduduk Perdana College Heights
Sesi 2010/2011

 

Comments (2)Add Comment
masri623
agm meeting
written by masri623, Mac 25, 2010
Salam..1PPPCH
Tahniah kepada semua ajk PPPCH yang baru dilantik.
moga lebih banyak aktiviti yang dapat diatur untk semua penduduk.
maaf tak dapat datang ari tu..ada hal
akan sentisa bersama dengan semua ajk yang baru.lebih fresh dan lebih hebat.
masri623
...
written by masri623, Mac 25, 2010
salam..
tahniah kepada semua ajk baru PPPCH..

Write comment
You must be logged in to post a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy

This Portal (pchrs.com) validates to XHTML and CSS web standards and is designed to be compatible with all modern browsers.

Firefox 3.0+ Internet Explorer 6 Internet Explorer 7 Safari 3.1+ Opera 9.5+ Camino 1.0+ Konqueror Chrome 1.0+