Kedai ni menjadi feveret anak2 kecil terutamanya tang "gappy meals" yang disertakan bersama2 mainan untuk kanak2 dan tak abis2 mainan yang sama je walaupun dah lebih kurang 2 bulan diperkenalkan....memang tak dinafikan bahawa "gappy meals" sedap dimakan bagi anak2 kecil terutama burgernya yang tak pedas dan senang dicerna walaupun makanan segera sedemikian tidak baik untuk kesihatan.
Apa yang saya cuba nak cerita kat sini bukanlah "gappy meals", cuma layanan dan kualiti makanan lainnya, salah satu masalah restoran ni adalah ruangan yang kecil untuk beratur, selain tu jugak, pelayan di kaunter asyik suka berangan je sampaikan bubur nasi yang diminta menjadi sejuk sebelum sempat untuk dimakan.
Apakah perasaan anda bila membeli bubur yang SEJUK ( saya maksudkan memang x suam langsung ) dan x sesedap kedai makan bintang disebelahnya 10 kali ganda sedap dengan harga yang tak jauh beza?
Selain tu juga, tang pekerja2 nya. taulah anda adalah kaum majoriti kat situ, tapi janganlah sampai poster tu pun anda mem"bangsa"kannya.
"Bahasa menunjukkan Bangsa"






