Saya dan beberapa buah keluarga di sekitar jalan perdana college heights 16 berasa amat tidak tenteram tidur malam semenjak kebelakangan ni kerana sering terganggu dengan salakan anjing liar yang sering kelihatan di sekitar rumah kami.

BAHAYA: Anjing liar kelihatan berkeliaran di jalanan
di kawasan perumahan di Perdana College Heights
di kawasan perumahan di Perdana College Heights
Kalau ikutkan hati, nak saja saya beli "pump gun angin" yang pernah saya gunakan dulu untuk menembak cicak, di fikiran juga ada terdetik untuk mengumpan anjing-anjing liar tersebut menggunakan makanan yang dicampurkan RACUN. Tapi hati kemanusiaan masih utuh lagi untuk saya berbuat demikian, mungkin cara yang terbaik adalah melaporkan perkara tersebut ke pihak Majlis Perbandaran Nilai supaya dapat mengambil tindakan seperti menembak anjing liar di kawasan perumahan kami.
Bukan itu sahaja, Anjing-anjing ni juga sering mengambil kesempatan menggeledah tong sampah penghuni sekitar Bayan, Sampah yang digeledah akan bertaburan dan menyebabkan kekotoran. Kumpulan anjing liar juga sering menyalak dan membuat bising pada waktu malam, selain boleh mengancam keselamatan orang ramai, terutama kanak-kanak dan bayi.
Harapan saya supaya pihak berwajib cepat-cepatlah ambil tindakan seperti di bawah ini:
Anjing liar ditembak mati di jalanan
Set as favorite
Bookmark
Email this
Hits: 1104
Comments (0)

Write comment
You must be logged in to post a comment. Please register if you do not have an account yet.





